Pergunungan merupakan pendinding yang baik kepada angin yang kuat dari cuaca Atlantik, tapi angin itu, kabus dan hujan yang mengikutinya turun ke atas Puncak Jones, dan turun bukit itu untuk meliputi kampung itu, yang dia boleh lihat dalam tiga puluh minit ia melingkungi bahagian bengkang bengkok yang mereka lalui semasa mendaki tadi.
Dia memeriksa galasnya dan berdiri tegak. Dia kebelakangan ini merasa cenderung untuk berbongkok jika dia tidak sentiasa berhati-hati. Dia tidak mahukan itu. Dia gunakan tongkat, sebagaimana yang selalu dibuat, sejak dari kecil. Kamu bukan seorang gembala yang bagus atau pejalan bukit amatur jika tiada tongkat yang baik. Di zaman dahulu, dia gunakannya untuk halau ular yang sekali-sekala muncul dan memukul biri-biri yang sesat, tapi bukan digunakan untuk berjalan, bukan macam sekarang.
Dia melihat Kiddy berlari ke depan seberang jalan - sisi yang lebih selamat, jauh dari pinggir bukit. Anjingnya tidak kisah tentang pemandangan ke bawah sepertinya dan memilih rumput lembut bawah kakinya. Dia terhidu sesuatu dan sedang mencari sumbernya belakang batu-batu kecil dan besar yang memenuhi kawasan itu. Anjingnya sudah berumur dua belas tahun, dan secara teknikalnya lebih tua darinya hampir dua puluh tahun, tapi masih mampu bergerak pantas. Secepat kilat bila dia terangsang untuk mengejar sesuatu. Selalunya arnab atau binatang kecil lain, sesekali juga ular.
Ianya lebih dari apa yang dia larat untuk buat masa ini, dia fikirkan dengan sedih. Dia tidak mampu kejar gadis cantik pun sekarang, yang lebih parah, dia tiada keinginan pun… ke mana semua tenaganya pergi? Dia mampu berlari ke atas dan bawah bukit ini sebanyak yang dia mahu berdekad lamanya dan sekarang dia bermasalah berjalan ke atas di bahagian terakhir dengan belakang yang lurus dan tongkat.
Pada masa ini, semasa dia keseorangan, yang selalu sekarang, membuatnya berfikir untuk apa semua ini padanya.
Dalam seratus ela, dia akan sampai ke batu besar di mana dia pertama kali cium Sarah, dan dua tahun kemudian Sarah terima pinangannya dan membuatnya seorang yang paling gembira. Dia tidak pernah beritahu sesiapa berkenaan batu itu, sebab dia pasti ayahnya akan beritahunya yang ianya tidak berasal dari situ; yang jengkaut askar telah tolak semua batu-batu ke tepi jalan sebab malas membawanya ke bawah.
Ayahnya akan menyebut sesuatu yang akan mengacau memorinya dan impiannya yang batu itu ada di situ selama-lamanya, atau setidaknya sejak zaman Ais Purba, yang padanya cukup lama untuknya sebagai romantik. Dia tidak pernah menyaksikan ketika yang baik antara datuk dan neneknya, di kedua-dua belah, atau juga ibubapanya sendiri. Mereka jenis yang lasak, keras, tidak mengarut, sesuai dengan zaman mereka, walhal dia membesar dalam keadaan kaya semasa lepas perang di mana ada harapan dan kekayaan. Ianya tidak pun terpengaruhi atau sampai ke bukit ini, tapi jelas dalam media bahawa oder Dunia Baru telah bermula.
“Sudah sampai masanya!” dia ingat ayahnya berkata satu hari. “Saya harap ianya lebih baik dari dulu!”. Ibunya memarahi ayahnya yang mencarut dan dia pun ambil paipnya ke laman belakang ‘untuk sedikit keamanan’.
Dia syukur sampai ke batu besar dan duduk. Kiddy letakkan kakinya ke atas permukaan di sebelahnya, renungnya dengan mata yang masih bersinar, diselubungi bulu putih-kelabu dan menjelir. William juga hampir menjelir, tapi dia gosok bulu anjingnya, sebagaimana dibuat pada Sarah bertahun lamanya dulu, dan anjingnya segembira dengan bakal isterinya semasa itu.
“Kamu perempuan baik. Kamu memang perempuan baik memang baik. Perempuan baik!” dan Kiddy nampak puas dengan pujian itu dengan menjilat tangan tuannya. Dia meninjau seberang jalan yang sempit itu dan lembah yang luas selepasnya. “Ibu dan Ayah saya pernah beritahu yang ahli sihir, bunian dan pari-pari hidup di bukit-bukit dan lembah-lembah ini… dan datuk dan nenek pernah nampak! Dan saya percaya mereka…” katanya pada anjingnya. “Sehingga saya dewasa dan berpendidikan”.
“Saya tidak mahu dilihat sebagai seorang budak petani yang bodoh semasa itu… Saya seorang Lelaki Baru dalam Dunia Baru dan Dunia Lama hanya untuk orang-orang tua yang bodoh. Ya, dan ahli-ahli sihir itu juga dan Keluarga Fair - Y Tylwyth Teg. Tapi, ianya kelakar, kamu tahu, Kiddy, perempuanku, lagi tua saya jadi lebih jelas cerita-cerita lama itu pada saya… dan sekarang? Saya mula mempercayainya semula”.
“Adakah kamu bersama Orang-orang Fair, sayangku Sarah atau kamu kembali ke pondok. Saya bersungguh-sungguh rasakan yang kamu duduk sebelah saya atas batu cinta kita sekarang…”.
Tangisannya tidak menjadi, tapi dia fikir ianya akan menjadi pada orang yang ‘Biasa’. ‘Terlalu banyak Da dalamku untuk menangis di khalayak ramai!’ jeritnya kuat, tapi cuma kerana tiada sesiapa pun berbatu-batu di sekelilingnya.
“Saya ialah orang tua bodoh tolol, itulah saya, kan, Kiddy? Seorang bodoh, tolol yang tua… Marilah, kita bergerak semula”.
Dia turun dari batu berdiri dan anjingnya meletakkan kakinya ke peha tuannya, mengharapkan belaian dan menggoncang ekornya sebab dia dapat rasakan perasaan tuannya kembali tenang. Mereka mula berjalan dan dia betulkan posisi tubuhnya semula.
Lebihkurang tiga puluh minit kemudian, mereka berjalan merentas permukaan konkrit di atas Puncak Jones, atau Bryn Teg - Bukit Fair - namanya yang sebenar. Matlamatnya ialah bangku di bucu lapisan konkrit. Dalam kenangan terawalnya pada puncak bukit itu, satu bangsal kecil di mana askar pemerhati boleh berteduh dari cuaca buruk masih ada di situ dan bila ianya lama tidak digunakan, pacar-pacaran pun mengambil alih.
Selepas bertahun dirunguti ibubapa-ibubapa, dan beberapa perkahwinan paksa, majlis perkampungan meruntuhkannya. Dia masih tersenyum bila teringat surat yang dihantar seseorang pada kolum pendapat pembaca. Dia anggap bangsal itu seperti jerawat di atas kepala orang separa tua yang botak. Tapi jerawat itu sudah hilang sekarang dan untuk kenangan sejarah diletakkan bangku taman di situ. Jika kamu duduk dengan membelakangi pergunungan, kamu akan rasa seperti duduk di puncak dunia dan boleh melihat berbatu-batu jauhnya.
Untuk pacar-pacaran bercinta, mereka masih lagi ke sana tapi semuanya memandu kereta sekarang, dan menggunakan kontraseptif, atau kebanyakkannya sahaja.
Ianya satu hari yang baik. Terdapat angin lembut yang tidak dapat dielakkan, tapi ianya sangat lembut. Ia membuatkan rambutnya merembang, tapi ianya menyegarkan dan membuatnya gembira untuk hidup semula, walaupun dia tahu perasaan ini cuma sekejap. Sebaik sahaja mereka meninggalkan tempat ajaib itu, dia akan berfikir untuk apa semua ini semula. Dia tahu bila dia ada keluarga, tapi dia tidak ingat lagi.
“Marilah, perempuan manisku, kita turun kembali”. Itu adalah isyarat untuk anjingnya diberi hadiah sebelum pulang. William selalunya bawa sebiji epal atau sebuku coklat bersamanya untuk tenaga untuk perjalanan pulang dan dia selalunya beri anjingnya biskut juga. Anjingnya merapatinya sambil mengerak-gerakkan ekornya penuh harapan.
“Perempuan baik, Kiddy”, dia belai kepala anjingnya sebelah tangan sementara ia makan biskut di tangan sebelah lagi. “Itu sahaja yang ada, jom kita pergi”.
Sedang William bangun, sebuah kereta muncul di atas konkrit dan memancarkan lampu. Seorang lelaki baya William keluar dan juga seorang gadis.
“Hello, Bill. Selalunya saya datang sini dan tidak jumpa sesiapa. Walaupun begitu, saya gembira bertemu kamu sebenarnya. Ianya hari lahir saya dan saya akan menyambutnya di pub kampung. Saya sedang menunjukkan cucu saya pemandangan yang indah dari bukit ini, selepas itu bawa dia pulang dan terus ke bawah. Kamu nak ikut?”.
“Saya tidak pasti, Dai. Selamat Hari Lahir untukmu”. Dia melambai ke gadis di sebelah kereta sambil membelai anjingnya.
“Marilah, saya tumpangkan kamu dan anjingmu naik kereta. Lebih baik dari menonton TV siang hari, kan?”.
“Ianya pasti tanpa ragu-ragu. Ya, marilah. Anak perempuan saya ada bertanya jika saya ingin turun pagi tadi. Saya beritahu ‘Tidak, saya akan buatnya esok’, tapi ini adalah sebab yang baik untuk tukar pendirian. Marilah!”.
“Bagus! bagus! Jika kamu ada telefon saya sudah menelefonmu untuk jemput, tapi kamu tiada kan?”.
“Jangan risau! Ianya membazir duit sahaja, kawan… Tidak berfungsi pun. Tiada sambungan, tiada elektrik separuh masa juga”.
“Tidak, dunia sini sudah dilupai masa, itulah tempat kamu tinggal. Ia seperti seratus tahun dulu yer… mungkin dua ratus…”.
“Jika